Saya tak pernah tahu tentang kewujudan Festival Seksualiti Merdeka yang telah disambut sejak tahun 2008 di Malaysia. Apabila menonton berita 2 malam lepas, sungguh terkejut saya dibuatnya. Dahsyat. Astaghfirullah. Hanya itu mampu diungkapkan. Ingatkan di luar negara saja. Tapi ni di Malaysia??? Tak dinafikan memang wujud benda benda macam ni. Tapi saban hari semakin banyak fenomena manusia dan alam yang meruncing berlaku. Kita pula semakin rancak berlari menuju ke garisan penamat yang akhirnya boleh menghancurkan diri sedangkan dalam masa yang sama, akhir zaman semakin menghampiri. Apatah lagi,keesokannya saya terus menggoogle apakah tujuan dan makna disebalik festival yang sedang berlangsung selama 2 minggu di KL dengan tema "Queer without Fear."
Hanya menggunakan perumpamaan api, air dan minyak, ulasan yang diberi oleh saudari ini ada kebenarannya dan sedikit sebanyak menyentuh perasaan saya yang selama ini amat mementingkan diri saja.
Ungkapan selalu didengari; sekuat kuat iman adalah menegah mungkar melalui perbuatan. Jika tidak mampu, tegahlah secara lisan. Kalau lisan pun tak mampu, selemah lemah iman adalah melalui doa..Jadi di golongan manakah kita semua berada?
Persoalan utama di sini adalah mengapa mereka mahu memperjuangkan kewujudan golongan LGBT (lesbian, gay, bisexual,transgender) ini sedangkan di dalam mana mana agama pun tak pernah dan tak akan sesekali mengiktiraf akan kewujudan dan tiada takrifan untuk golongan yang pernah dilaknat Allah suatu ketika dahulu. Semua makhluk tuhan adalah genuine sejak azalinya. Kenapa perlu diubah ubah? Kenapa akal logik diketepikan? Sejauh mana akal manusia dapat mencapai erti disebalik proses penciptaan manusia? Semua ada hadnya.
Saya baca satu petikan dalam akhbar The Sun yang melaporkan bahawa festival ini bukannya untuk mempromosi homosexuality. THEN? WHAT FOR? Kenapa perlu memperjuangkan benda yang sah sah haram? Dah nyata dan jelas maklum bahawa LGBT adalah terpesong dari tujuan hidup. Banyak peristiwa lalu yang boleh dijadikan pengajaran. Kenapa bangsa kaum Lut telah dibinasakan? Sekarang ni pun banyak malapetaka alam telah berlaku di seluruh dunia. Tuhan dah bagi akal untuk melihat kebesaran Nya. Dengan melihat kejadian alam, insyaAllah kita pasti lebih menghargai makna kehidupan.
Pada saya, kita tak perlu mengiktiraf kewujudan LGBT. Ini tak bermakna kita mengenepikan atau mendiskriminasi mereka berterusan seperti yang diperkatakan oleh individu tertentu yang sengaja memfokuskan pada golongan LGBT Melayu. Pada saya senang saja,; tujannya adalah untuk mencetuskan perpecahan di kalangan bangsa Melayu yang sedia porak peranda dan juga seterusnya memecahbelahkan perpaduan antara kaum2 di Malaysia. Maaf untuk saya katakan,saya berpendapat ia adalah lumrah perasaan normal manusia yang akan memandang serong ataupun dengan kata kurang ajarnya jijik pada golongan2 ini. Ia adalah kenyataan. Contohnya apabila terserempak dengan golongan nyah yang berketerampilan mengalahkan wanita genuine ataupun golongan gay yang tanpa segan silu 'bermesra' di tempat tempat awam. Rasa menyampah dan geli dibuatnya. Ikutkan hati nak sound je on the spot ataupun yang lebih extreme mahu baling objek keras pada mereka.
Pada golongan yang tersasar ke mana mana simpang jalan, perlulah sedar dan diberi kesedaran. Dan pada golongan yang berada di jalan lurus itu, kita cuba untuk menarik mereka dengan pelbagai gaya. Umpamanya kita melalui satu lorong lurus yang panjang. Tetiba di pertengahan jalan, berjumpa dengan manusia yang tersasar dari jalan itu. Segala simpang jalan itu hanyalah sekadar untuk mengaburi mata kita. Macam fatamorgana la. Apabila tiba ketika ini, akan wujud 2 golongan iaitu; golongan yang hanya melihat orang yang tersasar, dan golongan yang cuba memanggil mereka yang tersasar supaya kembali ke jalan lurus itu semula. Kita semua memerlukan satu sama lain untuk saling membantu dan menyokong. Apa yang salah dibetulkan, apa yang baik diamalkan dan disebarkan dengan sebaik baiknya. Pada masa ini, banyak medium yang boleh digunakan. Oleh itu, gunakanlah sebaik baiknya.
Pada pendapat saya, ia semuanya propaganda muslim-haters untuk menghancurkan ISLAM. Dah termaktub dalam Quran. Bukannya bermaksud nak menuduh orang lain, tetapi pada saya inilah kenyataannya. Malahan lebih teruk apabila kita bangsa Islam dan Melayu ini mudah diperkotak katikkan. Memang sukar untuk menelan kepahitan tetapi zahirnya inilah yang terjadi. Kenapa ia terjadi? Pada pendapat saya, kita umat Islam banyak sangat memberi peluang kepada mereka dan berdiam diri sedangkan banyak pihak berkuasa atau NGOs berkaitan yang mampu tampil untuk bersuara. Kita kena bertindak bijak. Kita kena berusaha berbalik kepada ajaran kalam tuhan sepenuhnya. InsyaAllah...
Saya sekadar melontarkan pendapat dan mungkin ada kesilapan. Mohon maaf.
Friday, November 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment