Pejam celik pejam celik dah masuk bulan November dah. Cepat benar masa berlalu. Kata orang, tanda akhir zaman. Tapi memang pun. Nanti dalam beberapa hari lagi pasti kecoh dengan persoalan samada azam tahun ni dah capai ke belum. Apa azam tahun depan? Begitulah selalunya. Walau apa pun, saya punya azam tahun ni nampak gayanya berkecai terus je.Ayoyoyo. Biarlah...
Apa pula azam tahun depan? Tipikal jawapan? Jadi insan lebih baik TAPI tak pernahnya berjaya. Hina betul rasa.. Tak nak jadi jahil selama lamanya. Moga doa ibu ayah menjadi penguat diri ini untuk teruskan perjuangan dalam menempuhi kehidupan setelah apa yang terjadi.
Beberapa hari lagi bakal tiba Hari Raya Aidiladha. Sebentar tadi baru terbaca satu petikan dari blog ustaz ni. Moga dapat pelajari sesuatu.
Berbalik kepada perihal kerja.Kerja di office agak berkurangan sekarang. Adakah ini bermakna saya perlu membuka langkah ke company lain? Tiada jawapan. Panggilan telefon daripada salah seorang bos tentang planning pengeluaran baja di afrika selatan membuatkan saya tergelak. Bukan memandang sinis, tetapi ntah lah. Dekat sini pun terumbang ambing. Kalau akar tak kuat dan kukuh, macam mana pokok boleh bertambah dahan dan boleh berbuah dengan banyak? Wallahualam. Saya bukan business minded. So lain jadinya. Macam mana saya nak buka minda supaya lebih matang dan semakin memahami erti kehidupan? Mahu bertindak tetapi asyik postpone je. Lately perasaan malas tu macam FUYYOOOOOOO!!!.
Terkekeh kekeh saya seorang di meja office ni bila baca lawak kat facebook.
SANTAI : Pendengar menelefon penyampai radio..
pendengar : helo sy nk bt ucapan.
penyampai : ye sile kn..
pendengar : sy nk bt ucapan kt abah yg tgh basuh kreta.mak yg tgh masak.abg yg tgh tgk tv.dgn ucapan..TENGAH BUAT APA TU..???
Beginilah orang yang malas update blog sambil berfikir fikir payah sangat kah nak mengaku kesilapan sendiri. Macam lirk lagu seandainya masih ada cinta la pulak walaupun tak ada kena mengena.
Tuesday, November 1, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Macam layan perasaan je.Awak ni minat baca buku eh?Sebenarnya saya Page di FB tentang info buku,jadi saya perlukan sesiapa shj yg minat membaca buku utk berkongsikan info buku yg telah dibaca serta komen sekali.Tak kisah buku tentang apa,novel ke,buku agama dan apa sajalah janji buku.Dalam FB ini juga saya akan selitkan beberapa info buku yg baru berada dipasaran.
ReplyDeleteBaca tu baca juga tapi tak addicted sgt. Ada kelapangan saya cuba share. TQ
ReplyDelete