Blogger Backgrounds

Friday, November 13, 2009

hidup ini penuh dengan pertanyaan....

"Mengapa kita selalu mencuba dengan bersungguh sungguh untuk mencari ruang di celah celah hukum untuk mengharuskan perbuatan kita"..dengan harapan kita rasa tak bersalah apabila melakukan sesuatu tindak tanduk yang pada mulanya kita telah mengetahui ianya salah sama sekali...

Bagi saya, ia adalah satu isu berat malah amat penting dalam kehidupan sebagai penganut agama Allah, agama Islam..Sejujurnya, amatlah tidak layak bagi diri ini untuk menegur kesilapan orang lain, tetapi, saya tergerak untuk mengajak kalian semua untuk membaca buku "Aku terima Nikahnya" dan "Bercinta sampai ke Syurga"... Walaupun masih belum khatam sepenuhnya membaca buku kedua tersebut, saya merasakan isu yang diutarakan oleh penulisnya, saudara Saiful Islam, mencelikkan mata saya... apa yang tidak pernah saya terfikirkan sebelum ini....

Benar, kadang kala saya sendiri mencari alasan untuk meng'cover' perbuatan salah saya...Dengan harapan saya tidak rasa bersalah...Tetapi hakikatnya, apa yang dilarang tetap dilarang....Dalam buku tersebut, banyak dibincangkan tentang isu kahwin..sebelum dan selepas...tetapi saya lebih fokus @ berfikir tentang keadaan sebelum kahwin sbb saya belum berkahwin dan sedang bersedia ke arah itu...insyaAllah...

Apabila diertikan bahawa couple itu mendekati zina (dikonklusi sendiri), saya masih tertanya tanya..macam mana nak kahwin kalau tak kenal lelaki yang bakal menjadi raja kepada sebuah mahligai yang bakal dibina..kan Allah dah kata janganlah kamu mendekati zina, but im still doing that...huhuhuh...dan satu lagi, jika hubungan sebelum kahwin sudah dicemari(becouple), adakah ia akan diberkati setelah hubungan itu ke jinjang pelamin? memang benar ada yang berpendapat permulaan yang baik tidak semestinya mendapat kesudahan yang baik..tetapi adakah kita mahukan permulaan yang tidak diberkati Allah?...tepuk dada tanya iman...

Harap diri ini terus diberi peluang untuk mencari keredhaan Allah....banyak dosa dah ni.......

4 comments:

  1. bukankah telah diajar.....
    lakukan soalat sunat hajat dan istiqarah sebelum melakukan sesuatu....maka pintalah Allah menunjuki jalan yang terbaik dalam memilih sesuatu yang baik....maka kelak akan kamu ketahui jawapannya.....lakukan bukan sahaja untuk berkahwin tapi dalam banyak perkara....maka sentiasalah mendekatkan diri pada Yang Maha Esa....amin....

    ReplyDelete
  2. slalu baca blog saiful islam ni...mmg bagus...mbuka pintu kesedaran yg makin jauh drpd landasan yg spttnyer...kadang2 manusia ni lalai...itu pentingnyer saling mengingati sesama sendiri...

    ReplyDelete
  3. kak... moga dgn keikhlasan niat kita nak menjaga yang 'baik' ini, Allah berilah kita yang 'baik'...

    moga kita dapat jodoh yang baik..

    amin~

    (^,^)

    ReplyDelete