Blogger Backgrounds

Wednesday, December 2, 2009

coretan..

Sudah agak lama tidak menulis di sini. Nak dikatakan sibuk, tidak sangat.Kerana masih ada masa untuk main facebook dan membaca blog2 orang lain.Cuma otak ini kekurangan idea untuk mengolah apa yang terbuku di otak dan tersirat di hati. Baru baru ini aku diusik oleh mimpi mimpi yang agak ngeri. Tetapi aku tidak dapat mengingatinya semula.Cuma ada satu peristiwa mimpi yang masih aku terbayang bayang. Sebenarnya, aku seorang yang suka membayangkan sesuatu...Apabila aku melihat atau mengalami sesuatu peristiwa tertentu, ia akan membayangi aku. Aku juga seorang yang terlalu memikirkan sesuatu, padahal perkara itu tidaklah begitu penting..sehinggakan ia hilang di fikiranku begitu sahaja tertutamanya apabila berputus asa. Berbalik kepada mimpi ngeriku, aku bermimpi aku berada di suatu tempat dimana ada 2 saf jemaah yang sedang berdiri menunaikan solat. Aku hanya menjadi pemerhati yang bersandar di dinding tidak jauh dari jemaah. Tiba tiba, datang seorang atau beberapa orang menembak ahli ahli jemaah yang tertentu. Aku hanya tergamam dan hanya mampu melihat apa yang berlaku di depan mata. Lebih menakutkan lagi, salah seorang penembak tersebut mengacukan senjata berupa pistol mungkin, tepat ke arahku. Sasaran senjata tersebut menepati ke atas kepala ku yang bersandar di dinding. Aku tidak tahu apakah perasaan aku sewaktu kejadian tersebut. Aku belum mati lagi.Semasa peristiwa mimpi berdarah itu, aku melihat ada jemaah yang jatuh setelah ditembak, dan yang lebih mengharukan atau membuatku lebih terkejut (tidak dapat diluahkan apakah perasaanku ketika itu) ada seorang jemaah berjubah atau bertelekung putih yang dipenuhi darah masih kukuh berdiri menunaikan solat walaupun ditembak di bahagian depan badan.
Hanya sampai disitu mimpi yang aku ingat apa yang berlaku di dalam mimpi tersebut.

Walaupun ianya hanya mimpi, terlalu banyak makna yang tersirat di sebaliknya. Mungkin ia adalah satu teguran atau pengajaran kepada diriku. Aku sedar, sejak beberapa bulan ini, aku seolah olah leka dengan kehidupan. Banyak perkara yang aku bermain main dengannya; terutamanya CINTA.. CINTA AKU DAN DIA,cinta aku dan famili, cinta aku dan orang sekeliling....Aku berkata kata, aku menulis,aku mengetahui, tetapi adakah aku mempraktikkannya atau menghalangnya? Adakah ianya hanya menjadi ilmu tanpa amal? Aku pusing....AKU BANYAK DOSA..YA ALLAH,BANYAKNYA DOSA AKU..MAMPUKAH AKU..LAYAKKAH AKU...ENGKAU MEMBERI SEGALANYA, TAPI AKU TIDAK BERSYUKUR.AKU MENGINGKARI NIKMAT YANG ENGKAU BERIKAN...YA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENGASIHANI, AKU INSAN LEMAH LAGI HINA, AMPUNKANLAH AKU...

Aku yakin sesuatu yang berlaku ada sebabnya. Teringat pula sebahagian lirik lagu terbaru Siti Nurhaliza,"Ku Percaya Ada Cinta.".
"Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui
"

No comments:

Post a Comment