Blogger Backgrounds

Friday, August 26, 2011

Perayaan

Pejam celik pejam celik, Ramadan kali ini hampir ke penghujungya. Moga malam malam akhir ini digunakan sebaiknya untuk memohon keampunan dan keredhaan Ilahi. Sempatkah lagi untuk ketemu Ramadan seterusnya?
Malam ini bakal bergerak pulang ke Kuala Terengganu. Moga hati diberi kesabaran untuk menempuhi perjalanan kelak. Dan berdoa agar perjalanan balik dan kembali (Kajang-Terengganu) baik baik sahaja. Esok insyaAllah bakal tiba di KT dan memulakan proses membuat kueh dan kek, memotong dan menyediakan apa yg patut untuk menu hari raya dan membeli belah sikit sikit. Hehehe...Yeaaaaaaaaaaaaahuuuuuuuu... yebedabedu.... Walaupun cuti hanya sekejap (5hb) sudah mula kerja seperti biasa, tapi tak kisah lah. InsyaAllah lain kali balik lagi.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua. Berhati hati pulang ke kampung halaman, semasa beraya, jaga pemakanan, berjimat jimat dan sebagainya.



Balik kampung, oo oo ooo balik kampung, oo oo ooo balik kampung, hati girang... Ok, selamat bercuti untuk semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..................ingat!!! Lepas raya ada sebulan lagi nak hidup..jangan berbelanja sesuka hati.

No comments:

Post a Comment