Blogger Backgrounds

Friday, July 22, 2011

2012

Dunia akan berakhir pada 2012? Tapi masalah kulit kepala siapa tahu penghujungnya?

Familiar dengan ayat ayat di atas? Petikan di atas di petik dari satu iklan syampu di MALAYSIA. Malaysia the BolehLand. Malaysia is the Modest Islamic Country.

How come la boleh lepas dari penapisan negara untuk masuk free tv media? Ini serius (kata kata dari cerita Wonderpets). No one knows when is the kiamat. How come we can predict it will be next year? Even our prophet Nabi Muhammad saw pun tak tahu. Apatah lagi kita ni hamba yang hina ni. Ini serius. Bukan main main. Maybe some will say it is nothing because of course we will not believe it. But, what about the youngsters, the kids who in a process of learning? It might affect them I guess. I am not the one who layak to talk about akidah. But ini serius.

Another issue, what is connection between kiamat dengan scalp problem. Kalau dah tahu nak kiamat, tak ada nak promote tayang tayang rambut. Mestilah promote pakai tudung ke, pakai baju yang cover our body. Promotelah back to the One.Back to Quran and Hadith. Takpun cakaplah carilah rezeki seolah olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadahlah kamu seolah olah akan mati keesokkan harinya.Sigh...Ini serius.

The only thing we know about kiamat is the tanda tanda nak kiamat. Ada orang cakap ada 3 stages of tanda kiamat (kecil, sederhana dan besar), but ada yang berpendapat 2 stages (kecil dan besar). Menurut kata kata ustaz di dalam program Tanyalah Ustaz di TV9,he said that currently we are in the middle stage. Not in the 3rd stage. One of the tanda for the 3rd stage is the existence of dajjal and Imam Mahdi.

Menurut ustaz tersebut,(saya tak pasti namanya) nama Imam Mahdi adalah Muhammad bin Abdullah. Beliau muncul di area negara Arab di mana akan wujudnya satu pemerintahan negara Islam terbesar di dunia. Tentang dajjal pula,bentuk rupanya bukan satu mata di tengah dahi seperti yang diwar-warkan. Ia seperti manusia biasa, cuma mata kanannya mengecil dan buta, dan mata kirinya besar dan agak terbeliak. Dajjal ini akan pergi ke seluruh pelusuk dunia selama 40 hari untuk memperondak perandakan umat Islam. 40 hari di sini bukan bermaksud 24 jam x 40 = 960 jam. Tetapi berdasarkan hadis, 1 hari pertama adalah 12 bulan. Hari kedua adalah 1 bulan, hari ketiga adalah 1 minggu dan hari hari berikutnya adalah seperti hari hari biasa. The only 2 places yang tidak akan dimasuki dajjal adalah Mekah dan Madinah.

Mengikut satu hadis, ada satu pemuda Islam yang berada sama ada di Mekah atau Madinah (saya tak pasti), mahu keluar dari Makah atau Madinah kerana ingin berjumpa dengan dajjal.Pemuda itu mahu berjumpa dengan dajjal kerana ingin mengatakan bahawa dajjal itu adalah dusta semata mata. Kawan kawan menghalang beliau, tetapi pemuda tersebut tetap meneruskan niatnya. Akhirnya, pemuda itu berjumpa dengan dajjal dan menyatakan yang dajjal adalah dusta di depan orang ramai. Dajjal menyuruh pemuda itu menarik semula kata katanya tetapi pemuda itu enggan dan tetap dengan pendiriannya. Akhirnya dajjal membunuh pemuda tersebut dengan membelah dua badan pemuda tersebut.

Untuk membuktikan dirinya adalah tuhan, dajjal menghidupkan kembali pemuda tersebut.Orang ramai mula percaya bahawa dajjal itu adalah tuhan. Namun pemuda yang hidup kembali tersebut tetap dengan pendiriannya dan menyatakan dajjal adalah dusta. Dajjal mula marah dan mengugut untuk membunuh pemuda itu kembali. Tetapi pemuda tersebut menyatakan tidak ada apa yang akan berlaku tanpa izin Allah. Akhirnya pemuda itu selamat dan kembali semula ke Mekah atau Madinah. Orang ramai mula meragui yang dajjal adalah tuhan.

Dipendekkan cerita, dajjal terus ke BaitulMaqdis dan akhirnya dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Begitulah kisahnya yang saya faham dari rancangan tersebut. Sebarang info yang salah, harap dimaafkan.

Point saya di sini adalah, tak perlu kita nak bahaskan bila kiamat itu. Apa yang penting ialah kita cuba mempersiapkan diri kita untuk menghadapi hari kiamat. Uh, takutnya...

No comments:

Post a Comment