Tutup la pula car wash. So masa terluang ini garaplah something untuk update blog sambil makan bubur lambuk dan pisang goreng yang dibeli di S5 Bukit Mahkota.. Kereta dah tahap 7D kalau gred SPM. Biasalah kalau berjalan jauh, pelbagai makanan akan tertumpah dalam kereta, dengan pasir2 pantai lagi, dedaun kering dan batu batu kecil yang terlekat pada tapak kasut setelah berjalan jalan.
Terengganu menang!!! 2-1 Hohohohoho...Tapi tak dapat cuti umum pula. Kelantan pula yang bercuti. Ada aku kisah??? Tapi ada satu yang aku kisah, pemain bola Terengganu yang berjersi no 20 dan penjaga gawang gol Terengganu kacak. Pandai main bola dan bergaya. Tapi saya tak tahu namanya dan malas nak google nama mereka.
Kisah tak kisah, tapi saya layan juga bola malam Sabtu lepas bersama famili. Di masa pertama permainan di rumah, masa kedua permainan pula berada di kedai makan Thailand. Kongkapkongkap.... Tomyam nye memang best, cuma pedas terlebih. Di kala menghirup kuah tomyam, si ibu mengeluarkan kenyataan tanpa sedari: “Tomyam ni dia campur susu sikit, bukan santan.” Gulp..... Terus saya stop, tapi kuahnya dah halfway dah menuju ke penghabisan. Hahahaha.. Tak boleh terima tomyam pun boleh campur susu. Kenapa semua kena campur susu? Kenapa? Kenapa? Kenapa saya psycho ni? Saya pun tak ada alasan kenapa saya tak suka susu warna putih. Yang saya minum hanyalah susu coklat. Biarlah teh tarik itu buihnya tinggi melangit, tetap saya tak minum.
3 hari bercuti di kampung halaman. Perjalanan yang agak singkat kali ini kerana kaki pemandu tetiba gagah lalu suka tekan minyak dan brek. Berbanding 7-8 jam masa perjalanan yang diambil selalunya tanpa traffic jam, kali ini hanya 5 jam 50 minit. Berapa kali aku terjelepok ke hadapan. Nak marah tak boleh, siapa suruh tido mati. Ditambah ruang belakang kereta hanya aku seorang. So apa lagi, baring...... Lebih kurang jam 2 pagi, sampailah kami di mahligai kuning Ramli dan Rosimah. Selepas solat sempat lagi buka peti dan ngap ngap ngap...Kenyang perut suka hati...Katil dan tilamku seakan akan memanggil. Lenaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa yang amatttttttttttttt siap kena jerkah dengan adik lagi sebab payah bangun solat Subuh. Tak ingat mati betul orang tua ni...
Pelawaan untuk ke kebun ditolak mentak mentah sebab tak ada kasut boot yang tinggi sampai lutut. Tak sanggup lagi untuk menjerit dan melompat tatkala melihat pacat pacat melekat di seluruh badan menghisap darah biarpun sudah memakai kasut sukan bersama stokin yang dipenuhi garam. Tak rela untuk menyentuh untuk membuang pacat tu....Goliden....So, hanya golongan tua tua sahaja yang ke kebun. 4 orang anak dara R&R sambung mimpi je... Hasil laporan delegasi ke kebun menyatakan buah buahan banyak yang belum masak ranum. Masih putik. Conclusion nya, next month wajib balik nak makan durian dan cempedak goreng. Lagipun urusan bank belum selesai... Pegawai bank di salah satu bank kerajaan di Terengganu ni, buat kerja macam @%$&^%*%..Kena sound dengan adik lagi bila menyumpah orang..Orang dah lah kerja jauh, ingat tak penat ke nak suruh ulang alik, post tu post ni, stamping tu stamping ni, surat lawyer tu surat lawyer ni.Kokkak betul buat kerja...
Jiran selang sebelah rumah buat kenduri kahwin. Siap naik kereta kuda tu.. Fuyoooo.. Kami adik beradik yang siap jadi pom pom girls and boys. Siap boleh tutup api dapur dan terus berlari ke tingkat atas. Berdiri di atas beranda rumah sambil bersorak dan melambai lambai.. Kami pula jadi tumpuan.. Kecoh jadinya..Suka ati je...Tapi saya tak pergi kenduri itu pun...:).
Apa yang jelik segelintir adat kahwin di Terengganu ni adalah memandang dwistandard. Siapa yang hulur Rm$$$ (salam kokot), dapatlag goody bag. Siapa yang tak, hai hai bye bye je la. Very obvious kot siapa yang tak dapat goody bag tu. Pastu ada pula pakai pelekat di baju( Wakil Famili Pengantin). What the??? Orang buat majlis nak hebohkan yang satu masjid telah terbina... Mohon jemputan untuk mendoakan keberkatan. Bukan ada niat disebaliknya. Sama ada jemputan nak hulur duit ke tak, terpulang pada jemputan la. Kalau si ayah dah hulur, cukuplah. Ni tak... Si ibu kena kasi juga. Very annoying.....
Apa apa pun kita sebagai jemputan ni kena faham faham la. Kena saling menolong. Apa salahnya. Tu salah satu matlamat hidup kita di dunia. Pasal tolong pula teringat kisah pagi tadi. Masa duk peluk cium Rashid and Raisha sebelum pergi kerja, ada seorang amoi ni tanya sama ada boleh tumpang kereta tak keluar ke Jalan Reko...Hohohoho.. Saya takut.. Saya tak kenal anda. Tapi bila abang cakap amoi ni dah biasa nampak kat taman tu, so finally saya tumpangkan je la. Dalam hati duk berdoa moga tak ada benda benda yang tak diingini terjadi. Peramah juga amoi ni, siap tunjuk gambar boyfriend. Hheheh..
So apa yang penting, hati mau baik dan ikhlas. Ingat, belajar untuk berlapang dada pada semua orang dalam apa jua keadaan. Allah akan bantu kita...DaripadaNya kita datang, dan padaNya juga kita akan kembali. Moga kita kembali padaNya dalam keadaan yang baik. Amin.
Monday, June 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment