Blogger Backgrounds

Sunday, June 19, 2011

Penghargaan kepada ON

Hadith:

DARIPADA Khaitamah r.a katanya : Kami sedang duduk bersama-sama Abdullah bin Umara r.a. Tiba-tiba datang seorang ketua pelayan, maka Ibnu Umar berkata : Adakah engkau telah memberikan makanan kepada hamba sahaya? "Pelayan itu menjawab: Tidak." Ibnu Umar berkata : Pergilah dan berikanlah kepada mereka. Dan beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda : Cukuplah seseorang itu berdosa, ia menahan makanan terhadap orang yang di bawah kuasanya."

Riwayat Muslim


Huraian Hadith:

Dalam pengurusan Islam, berlaku adil dalam semua aspek kehidupan sangat dituntut. Maka Islam mengajar umatnya menghormati manusia, walaupun berlainan fahaman dan anutan.

Justeru pekerja dan majikan adalah selamanya terikat dengan aqad (kontrak) yang antara lain menghendaki pekerja menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh kesungguhan lagi amanah, sementara majikan pula berkewajipan melayani atau mengambil peduli para pekerjanya dengan baik, ihsan dan adil.


Sesungguhnya saya tak layak untuk mengulas hadis di atas. Oleh itu, segalanya dipetik dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Apabila membincangkan hal berkaitan dengan tanggungjawab pekerja, saya merasakan banyak mencuri tulang dan masa. Saya tidak mendedikasikan masa selama 8 jam di pejabat dengan perihal kerja sepenuhnya. Contohnya, apabila saya tidak dapat menumpukan konsentrasi saya pada kerja, saya akan mula menolak kerja saya ke tepi. Kadang kadang saya mencampuradukkan hal peribadi dalam kerja saya. Sungguh tidak professional saya ini. Walau bagaimanapun, saya berusaha untuk menyiapkan segala tugasan yang dipertanggungjawabkan di atas bahu saya dalam tempoh masa yang diberi.

Hampir 2 bulan lagi, genaplah 4 tahun saya berkhidmat di syarikat yang dikenali sebagai Malaysian Group of Companies. Dalam tempoh ini, saya sesungguhnya belum dapat mencari erti sebenar kerja. Walau bagaimanapun saya perlu percaya yang kerja ini adalah ibadah. Untuk memastikan saya mendapat pahala, saya perlu menjadikannya sebagai kerja halal. Saya belum menemui titik tolak untuk saya merasa kepuasan dalam bekerja disini sama ada dilihat dari sudut tugas, suasana sekeliling mahupun rakan sekerja. Saya ini sungguh mengada ngada.

Oleh sebab itu, keputusan saya untuk menerima tawaran tawaran kerja di tempat lain ditangguh terlebih dahulu. Niat untuk lari dari syarikat ini memang selalu beruap ruap dalam hati ini cuma saya mahu keputusan yang dibuat adalah adil untuk saya dan majikan, bukan kerana emosi. Mungkin satu hari nanti atau mungkin terus disini. Biarlah masa yang menentukan. Saya merasakan sungguh tidak adil untuk saya melupakan jasa majikan yang telah memberi peluang pekerjaan kepada saya dengan izinNya. Alasan itulah yang menguatkan saya untuk terus berkhidmat di syarikat ini.

Kadang kadang saya terfikir adakah salah untuk saya memberi peluang kepada diri saya sendiri untuk mempelajari atau mencari pengalaman baru di syarikat lain? Tetapi setelah bertanyakan pendapat keluarga, kawan kawan yang dipercayai dan rakan rakan pekerja yang terbuka serta dengan mengikuti hati naluri, saya terus saja disini. Saya belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang kemungkinan lebih besar dan diri sendiri belum berupaya untuk mengendalikan sesuatu yang lebih jauh rumit dan menghadapi suasana yang mungkin agak jauh berbeza. Sebab saya besar kepala dan tidak peramah. So it is not easy when you are degil and unfriendly to adapt with a new situation. What I can conclude is i am a coward person.

Berbalik kepada huraian hadis tadi, di syarikat ini saya mempunyai beberapa pekerja bawahan saya aka boss kecik juga la..Hahahhaha..Perasan gileeeee....
Selalu juga saya terfikir adakah saya menjaga mereka seperti saya menjadi diri saya sendiri? Adakah saya melebihkan diri saya dalam segala hal? Kadang kadang ketidakadilan atau zalim dengan bahasa directnya terjadi tanpa mungkin saya sedari dan tidak terlintas untuk berbuat demikian atau mungkin juga saya memang berniat. Semua orang suka jika diberi peluang untuk menjadi supervisor. Sebab apa? Sebab bila pangkat besar, gaji lebih sikit, rasa gah itu wujud. Pada pengalaman saya selama lebih 2 tahun menjadi supervisor, sesungguhnya tidak mudah untuk menguruskan manusia.

...2008/09..

...'kongsi ghelap'

...orang orang gagah.

Jauh berbeza jika dibandingkan dengan mengendalikan mikrob. Walaupun mikrob itu payah untuk dijaga, lagi payah manusia yang sudah besar panjang dan mempunyai perangai dan fikiran masing masing. Lebih lebih lagi jika terdapat masalah berkaitan disiplin pekerja. Bak kata bidalan, menconteng arang di muka ibu bapa. Tetapi, saya belum mempunyai anak sendiri, oleh itu saya tidak tahu adakah layak bidalan digunakan untuk situasi saya.

Persoalan di sini adalah adakah seseorang itu (pekerja) itu mempunyai masalah disiplin ataupun masalah berkenaan dengan kerja adalah disebabkan supervisornya tidak bijak dan tidak adil? Selalunya protes akan ditunjukkan oleh pekerja sama ada dari segi luaran atau dalaman apabila merasakan tidak puas hati dan tidak kena dengan sesuatu perkara. Aduh, payah bebenar....Saya merasakan saya amat tidak layak. I need to be wise wise wise...Fair fair fair...OMG.....

...'kongsi ghelap 2'

...orang orang berjasa.

Saya perlu menjaga kebajikan pekerja pekerja bawahan saya. Kalau mampu, seperti saya menjaga kebajikan diri saya. Bila berkuasa, amanah....Rasa jauh sangat untuk menjadi supervisor yang baik...Mampukah??? Saya jenis yang berat mulut. Oleh sebab dalam mulut penuh dengan emas, banyak kali sudah saya mendengar kata kata orang yang mengatakan saya ini sombong. Whatever....Don't ever judge me by the first impression. I have a mask that acts as a filter. Hahahha.Stupid doh...

Berbalik berkenaan dengan kerja, saya sebolehnya bolehnya untuk menjadi 'rapat' dengan mereka. Walaupun berjumpa setiap hari untuk membincangkan tentang kerja atau pun hal hal lain, saya tetap membuat meeting at least once per month. Jamu jamu sikit. Bukan niat jahat, cuma mencuba untuk mencuri hati mereka. Selalunya bila kita selalu happy, hubungan silaturrahim akan terjalin dengan erat.

.kami sekarang.

Maybe I am no one to compare with others but I will try my best to be the best to you guys.

note: ada 6 orang lagi ex-kawan kerja yang tidak dapat dikongsi disini...

No comments:

Post a Comment