Rasa gementar dan takut ini dikongsi dengan bos dan rakan rakan sepejabat. Alhamdulillah mereka memberi galakan dan tips untuk menjadi lebih tenang. Bos pula memberikan kata kata semangat yang mencabar kemampuan saya. Jadi saya menerimanya sebagai cabaran untuk saya untuk membuktikan saya boleh. Saya kan tinggal di negara ‘BolehLand’.
Setelah membuat segala persiapan dari segala aspek terutamanya keadaan makmal dan skrip, tibalah hari yang dinanti nantikan. Yang saya nantikan adalah makanan yang dihidang. Back to it later. Tepat jam 3 petang, tibalah kumpulan pertama di muka pintu makmal Organic N. Kumpulan pertama diketuai oleh Pn Salwa. Setelah diperkenalkan oleh beliau dan menunjukkan demo langkah langkah keselamatan, bermula lah saat yang paling digeruni iaitu sesi penerangan. Setiap ketua unit dibekalkan dengan microphone supaya segala penerangan didengari dengan jelas, tetapi saya tidak menggunakannya kerana suara saya sudah cukup kuat untuk didengari oleh lebih kurang 7-8 orang.
Pada mulanya, agak kekok dan perasaan gementar tu semestinya wujud, tetapi setelah beberapa minit, perasaan itu sudah hilang. Rasa yakin mula menjamah diri. Walaupun kadang kadang terdapat persoalan yang saya tidak dapat jawab dengan sepenuhnya, tetapi saya telah berusaha dengan sebaik mungkin. Praise to God. Thank you Allah.


Hani: "Oh payoh deh pokcik ni.Debbe.."

Nasib baik ada backup dari Pn Salwa. 2 thumbs up for you Pn Salwa.

Hani:"Orang cakap dok caye..."
Setiap kumpulan diberi sebanyak 15 minit untuk melawat setiap makmal. Tetapi masih ada pertembungan. Kumpulan pertama masih belum tamat tempoh lawatannya, kumpulan kedua telah tiba. Nasib baik rakan sekerja, Mohd Firdaus ada untuk memberi pertolongan. Beliau melengahkan masa kumpulan kedua sementara saya menghabiskan segala penerangan dan persoalan dari kumpulan pertama. Setelah tamat dengan kumpulan pertama, saya berlari ke pintu depan suapaya delegasi delegasi dari kumpulan kedua tidak menunggu lama. Semua ketua kumpulan juga memberi kerjasama yang sempurna terutamanya bila saya dihentam dengan soalan yang tak mampu saya berikan jawapan yang memuaskan hati delegasi.


Makcik:" Oh ye ke...Kesian mereka ye."

Hani: "Ada tu pakcik. Mereka malu lah ramai sangat duk perhatikan mereka. Saya tak boleh buka lampu, nanti menganggu mereka tidur."

Pakcik & makcik: "Berdooh mung Hani. Tebeng ngarut la weih!!!"
Biarpun penat, tetapi saya merasakan itu adalah peluang yang amat berharga dan syukur saya tidak melepaskan peluang itu kerana ia merupakan salah satu cara untuk menambahkan keyakinan dalam diri saya. Setelah selesai kesemua kumpulan iaitu 5 kumpulan, saya terus mengajak rakan rakan sekerja makmal ke khemah belakang (khemah untuk press) untuk menjamu minum petang.
Setelah itu, pihak atasan mengumumkan untuk mengadakan majlis bacaan Yasin setelah delegasi pulang ke destinasi mereka. Bacaan Yasin bermula jam 6.15 petang. Hanya beberapa orang pekerja sahaja yang hadirkan diri untuk majlis tersebut. Walau bagaimanapun, majlis tetap berlangsung. Bacaan Yasin diketua oleh Encik Zainudin.
Setelah itu, kami menjamu selera. Rupa rupanya memang ada makanan yang disimpan untuk majlis bacaan Yasin. Oleh kerana kebanyakan pekerja sudah balik, banyaklah makanan yang tertinggal. Tapi akhirnya segala makanan habis licin kerana ramai pekerja tapau makanan pulang ke rumah. Gambar gambar poyo sebelum,semasa dan selepas majlis bacaan Yasin akan dikongsi kemudian.
What a wonderful day I had.....
No comments:
Post a Comment