Blogger Backgrounds

Friday, April 8, 2011

Kisah petang hujan lebat

Tepat jam 5.30pm semalam, terus keluar dari office.Kenapa balik on time? Jawapan mudah, sebab masuk kerja awal dan tak ada benda yang menarik untuk stay over di office.

Terus menuju ke Hentian Kajang. Beli tiket ke KT untuk adik dan kawannya. Nasib baik ada, siap boleh pilih seats lagi. Wow. Kalau tak, terpaksa tawaf tingkat 2 Hentian Kajang untuk mencari dan membuat pilihan. Mestilah kita nak seat yang bagus. Sebab utama adalah keselamatan. Takut untuk berada di tingkat bawah dalam bas 2 tingkat. Sebab takut kerana ada satu kemalangan di mana hampir kesemua penumpang di tingkat bawah mati kerana bas terlanggar dan menyeret besi highway. Ngeri yang amat.

Selepas tu, terus pergi makan dengan famili abang. Makan mee celuk/celup. Tak pasti ejaannya sebab di kedai tu tertera mee celuk. Tak silap saya, ia mee celup. Hehehehe.. Bolehlah rasanya. Best juga. Yang penting dipasangkan dengan milo o ais. Habis licin.
Masa nak balik,budak kecik nama rashid ni ikut la makcik dia. So dia separate kereta dengan ayahnya.

Dengan hujan lebatnya, mulut si rashid tak berhenti2 menanyakan soalan. Dalam banyak2 soalan, ada satu perbualan panjang agak mencuit hati:

Pengenalan watak:Si kecik adalah Rashid. Si besar: Cekni.



Rashid: Cekni cekni, hujan lebat... Banjir nanti terus jam.
Cekni: Aa. Banjir la. Nanti jam. Semua kereta bawa perlahan.
Rashid: Cekni bawa kereta perlahan. Ayah bawa laju. Racing... Fuyooo...
Cekni: Cekni bawa hati hati. Cekni tak reti bawa laju laju macam ayah.
Tetiba tukar topik:
Rashid: Kalau Rashid jatuh Rashid tak sebut aduh.. Rashid sebut ayoyoyoyo..
Cekni: Rashid macam orang India. Rashid bukan Melayu ke?Tadi Rashid makan apa kat taska?
Rashid: Rashid makan nasi dan lauk.
Cekni: Rashid makan lauk apa? ayam ke daging ke atau ikan?
Rashid: Rashid makan lauk je dengan nasi. Lauk je.
Cekni: Lauk apa?
Rashid: Rashid makan lauk je. Cekni ni tak paham lah. Tumbuk karang.
Cekni: Kalau nak tumbuk, cekni kata tumbuk dinding.Rashid duduk diam diam. Nanti eksiden..
Rashid: Nanti kalau eksiden langgar pokok.
Cekni: Pastu kita semua terbang atas pokok.
Rashid: Pastu Rashid jadi monyet.
Cekni: HAHAHAHAHAH...bakpe laa Rashid nak jadi monyet...

ALKISAHNYA... Budak budak sekarang mulutnya amat petah dan otaknya cepat mengaitkan sesuatu situasi dengan satu situasi.

2 comments:

  1. cekni..?? tegak?? akak statik?? grannycun??
    OMG..bnyknyer..hahaa..cekni gak yg comel..ok!! set sudah..=p

    Ms A

    ReplyDelete
  2. well, cekni tu mmg cantik....yeeehaaaaaaaaa!!!

    ReplyDelete