Blogger Backgrounds

Wednesday, April 20, 2011

Istidraj

Semoga saya mampu senantiasa berwaspada dalam setiap tutur kata dan langkah saya !!!


Kenapa saya berkata demikian? Kerana saya takut akan istidraj.
Ia membawa maksud pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Kadang2 tidak terbuka hijab kita untuk berfikir atau nampak sama ada nikmat yang dikurniakan itu adalah nikmat yang sebenar ataupun nikmat ujian yang diturunkan pada kita.

Apa yang boleh kita perhatikan sekarang, terdapat segolongan di kalangan kita yang bangga akan harta, pangkat dan kebolehan. Mungkin tidak nampak dengan jelas. Cuma kadang kadang ia direalisasikan dan disaksikan melalui perbuatan dan percakapan harian kita. Contohnya, saya dapat naik gaji yang amat banyak. Dan wujud dalam diri ini mengatakan saya dapat gaji besar sebab saya pandai dan rajin. Akhirnya saya leka dalam dunia 'kepandaian dan kekayaan' saya.Ini sudah bongkak namanya dan adakah ini dikenali sebagai istidraj? Fikir fikirkanlah. Bukan saya yang hebat sebenarnya.

Sebenarnya istidraj ini seolah olah seperti cancer. Ia tidak sama, tetapi agak serupa. Istidraj ini lagi berbahaya dan dahsyat kerana ia boleh membawa kepada kekufuran. Nauzubillah. Kenapa ia dikatakan seperti cancer? Kerana ia boleh membinasakan kita secara diam diam, sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. Ia bukannya mengejut seperti heart attack. Cuma fikir2 kanlah. Semakin lama kita bernafas di bumi ini, semakin banyak kita mencari dan menerokai dunia ini. Kadang kadang merasakan apa yang dilimpahi dalam hidup ini tidak mencukupi. Kita terus mencari hingga leka akan tujuan hidup di alam sementara ini.

Selain itu, istidraj juga boleh terjadi apabila kita terlalu banyak beribadat kepadanya. Contohnya, kita merasakan terlalu banyak solat tidak kira solat wajib atau sunat, puasa wajib dan sunat, amal jariah dan banyak lagilah sehinggakan kita merasakan yang kita ni pasti masuk syurga. Konon kononnya layak atau setaraf nabi. Oh tidak!!! Jangan jadikan segala bentuk ibadat dan penat lelah kita umpama debu debu yang berterbangan. Jangan sia siakannya.

Apa yang dikejar adalah segala bentuk nikmat betul betul diredhaiNya. Jadilah kisah Qarun yang dibinasakan oleh sifat bangga akan diri sendiri sebagai pengajaran.

Mungkin terdapat silap dalam pemahaman saya terhadap istidraj. Mohon kongsi tegur yang silap dan yang baik kita kongsi bersama.

1 comment:

  1. ustaz tanyelah ustaz pg ni encem kn...hahaa

    ReplyDelete