Blogger Backgrounds

Friday, January 27, 2012

Nemo and Swimming

Kata ayah Nemo pada Nemo, "Keep swimming keep swimming."
Main air sangat seronok. Sungguh syok. Bila orang tua dapat main air, mengalahkan budak budak main air dalam kolam yang dipam sendiri di halaman rumah.

Sekarang dapat aktiviti baru, iaitu belajar berenang. Wah, banyak sungguh air berklorin yang ditelan secara percuma. Kolam yang menjadi mangsa ialah kolam Club House Bukit Mahkota. Memandangkan tak mampu nak beli rumah dekat area Seksyen 6 Bkt Mahkota dan Banyan Close, maka tak dapatlah beraktiviti di Club House secara percuma. Jawabnya, kenalah bayar RM5/hour untuk mengerjakan kolam air di situ. Tapi tak apa, asal seronok. Harap kali ni aktiviti ni berterusan lah. Bukan hangat hangat tahi ayam macam main badminton. Siap beli raket MAHAL, shuttlecock and net lagi. Tup tup tup main beberapa kali je. Main di dewan memang jauh seronok jika nak dibandingkan dengan main di tempat terbuka. Peluhnya macam Lin Dan main kot. Hahhahah...Lencun....

Berbalik kepada kisah berenang. Dahulu kala semasa menuntut ilmu di negara yang banyak kangaroo ada inisiatif ambil kelas renang. Alah, rindunyaaaa kat sana... Really miss the moments...Nak gi sana lagi tapi onkosnya too expensive. So, angan angan je la kan...

Tapi tak berterusan sebabnya tak tahulah. Busy kot. Banyak aktiviti lain yang dibuat. Orang muda katakan. Hahahha... So masa belajar berenang time tu, kira teror gak lah free style tu. Boleh la habiskan lap sepanjang kolam renang tu sejauh 150m walaupun berhenti banyak kali. At least berjaya tamatkan 150m. Tapi sekarang? Macam dugong kot... Aik, jap.. Dugong pandai berenang. So tukar binatang lain... Binatang apa yang badan size besar dan tak pandai berenang? Gajah pandai, lembu pandai tak? Tapi apa hal nak samakan diri sendiri yang bergelar manusia ni dengan binatang? Senget betul otak ni.

So, semalam cuba cuba la berenang. Memang payah nak berenang semula. Tapi at least boleh lah sikit sikit. Cuba slow slow dan buangkan rasa malu. Biarlah style apa pun yang ditayangkan as long berenang tu bergerak. Biarpun jarak hasil renang tu sekangkang kera. Ye tak ye kan... Selepas sejam bermain air sambil tak lupa jangan terlalu galak, maka, bermulalah lenguh2 badan. Hahahahah. Ingatkan boleh je terus balik rumah dan pengsankan diri selepas penat berlatih renang. Tapi ada tugas part time perlu disempurnakan malam semalam. Nak tak nak gagahkan diri juga. Wah, saya tak lembik macam katak pisang. Syok juga sebenarnya part time ni. For me, selain dari menambah sumber kewangan, serba sedikit membaik pulih my communication skill. Dalam hati, pandai jugak aku mengajar. HAHAHHAHA....Puji diri sendiri. Cuma yang payahnya, sebab kebolehan students pelbagai. Ada yang pick up dan ada yang lam pi. Apa apa pun, kenalah pandai handle. Bak kata consultant ISO, hidup itu indah. Life is beautifool.. Opss, beautiful... For me, both...

So, next week cuti panjang lagi. Awal tahun ni je la banyak cuti. So, jika tiada aral melintang, 3 Feb adalah cuti tahunan pertama yang diambil. Kena pandu kereta sendiri balik Ganu nu...Singgah ambil adik di Serting dulu and tukar keta.. Plan nak bawa along budak kecik Rashid ni, kalau diizinkan ayahanda nya. Nak bawa adiknya si Raisha yang suka jeling orang ni tak berkeyakinan sebab still breastfeed. Hope semua berjalan dengan lancar dengan izinNya. Bertakzkirah plak kejap...

Balik Ganu ni maknanya jadi driver la untuk mak and adik. Selalunya bila time cuti gini, ayah prefer anak anaknya yang pandukan kereta. Nak rehat katanya. Huhuhu.. Lagipun adik ngah buat persiapan perkahwinan dia. So jadi driver dia la ke hulu ke hilir. Biarpun dia dah ada licence, tapi still kakak die jugak kena drive. Begitulah ragam keluarga ni. Saya pun sama. Selalunya balik Ganu abang yang drive, tapi kali ni terpaksa drive sendiri sebab dia kena kerja. Haiiiiiiiiiiihhh.....

Esok time untuk enjoy lagi... Plan nak gi Sg Gabai plak. Mengikut sejarah lawak kampus, Gaban yang lawan dalam tv tu berasal dari Sg Gabai la. Tu dapat nama Gaban. Tapi sebab selalu die pang pang (bunyi pukul) orang jahat, dari Gabai jadi Gaban. Hahaha.. Dengan opismates.. Kalau weather ok dan diizinkan, maka bermain air lagi la gamaknya.Yeaaabedebedu... Tapi tak leh galok sangat... Happy berpada pada...Memandangkan hujung bulan, so makanan pun berpada pada la untuk dibawa esok. Beli nasi lemak sorang sebungkus je kot ngan jajan...Simple berkelah cara orang bujang. Hhehehe...Bila nak tamatkan zaman bujang ni? Tettttttttttttttt....

Bercakap pasal kewangan ni, ingin berkongsi tentang unit trust. So sesiapa yang ingin membuat pelaburan hari tua, digalakkan untuk melabur dalam unit trust menggunakan duit simpanan kita di KWSP. Guna akaun I. Tapi duit keuntungan kita tak boleh amik dan pakai selagi kita tak pencen. Semua keuntungan akan di rolling semula dalam akaun I KWSP. Walau bagaimanapun, untuk invest guna KWSP, ada limit. Contohnya, sesiapa yang berumur 26 tahun, mesti ada at least RM 18k tak silap saya dalam akaun I. It depends on age. Jumlah yang dilaburkan adalah lebihan dari RM18k tu. Investment tak akan guna keseluruhan duit simpanan. Sekali lagi diingatkan. Hanya pakai lebihan sahaja. Keuntungan akan dipulangkan semula ke dalam akaun I KWSP kita. So sambil simpan sambil melabur. Sambil menyelam minum air. Ok tak? Brilliant tak? Saya memilih CWA (CIMB Wealth Advisor), Islamic punya dana sebagai tempat untuk melabur. Saya tak perlu fikir apa apa sebab semuanya diorang yang akan uruskan. Turun naik saham pun diorang yang buat. Yang penting kita kena follow up.


Berbicara perihal KWSP, saya masih belum pergi ke Tabung Haji untuk mendaftar haji menggunakan simpanan KWSP akaun II. Sebanyak RM1300 akan diambil dari akaun II KWSP sebagai simpanan di Tabung Haji.

Kalau ada RM1300, boleh daftar untuk pergi haji. Bila nak pergi buat ni?...Sesiapa yang dah ada akaun Tabung Haji, anda kena mendaftar untuk pergi haji. Kalau tak daftar even though ada akaun tabung haji, tak boleh pergi haji. Mesti daftar... Untuk daftar mesti ada at least RM1300. Ok??? Paham??? Angguk angguk geleng geleng, nanti kepala terteleng...

Banyak pula membebel...Ha, sebelum lupa. Pagi tadi tengok MHI tv3. Sepasang anak beranak bertembung dengan 2 ekor harimau di kawasan hutan. Seekor berada 2 depa di hadapan mereka, seekor lagi di belakang @ tepi. Saya tak pasti pulak. Dekat tuuuuu... Alhamdulillah mereka selamat. Allah nak selamatkan mereka. Allah bagi ilham kat diorang supaya berundur secara setapak setapak. Bukan berlari. Kalau berlari, for sure kena terkam dek harimau kan sebab kalau nak di compare kan kelajuan manusia berlari dengan harimau memang tak selamat la kan... Mereka berundur secara setapak2.. Dengan izin Allah, mereka selamat. Huh!!! Bahaya tuu...Fizikal and emosi diorang kuat. Kalau diri sendiri la kan, tak dapat dan tak ingin nak bayangkan...Kenyang kot 2 ekor harimau tu makan lemak lemak badan ni...Pastu puasa 14 hari harimau2 tu...Hhahahah...My weight dah cecah angka 60 ni... HOW COMEEEEEEEEEEEEEEEEEEE?????

Marah pada ini:Sesuka hati je mulut2 yang duk sebut tv3 tu musyrikin. Tak nak lah letak link. Memang la TV3 tu terang tang tang media UMNO, tapi apahal lu nak label orang tu musyrik!!! . Hentak kepala lu ke dinding la...

No comments:

Post a Comment