Blogger Backgrounds

Friday, September 30, 2011

Hari Bermalasan

Hari ini hari Jumaat.Esok cuti. What should be my expression? Kuang kuang kuang...

Baru sahaja mendapat pesanan sms dari ayahanda:"Allah menjadikan solat sebagai batas antara keimanan dan kekufuran, juga sebagai penghalang dari keburukan dan kemungkaran. Jadi solatlah sebelum kamu disolatkan."
Saya akui, saya tidak menjaga solat dengan sebaik baiknya. Waktu solat, bacaan solat, memahami bacaan dalam solat. Hubungan dengan Allah tak jaga, maknanya hubungan dengan sekeliling pasti begitu jua.Peringatan untuk saya...

Hari ini hari gaji. Maknanya permulaan membayar segala kredit. Tergelak kecil saya apabila mendengar keluhan rakan pejabat menyatakan 'haiii....kejap je duit dalam bank.' Memang benar sama sekali. Ayat yang simple tapi maksudnya mendalam. Begitulah hidup zaman sekarang. Kalau dicongak, tak pernah cukup. Keinginan banyak sangat. Tapi alhamdulillah still survive till this moment. Ia bermakna, pada zahirnya memang cukup sebenarnya. Berazam dan berharap bulan ni boleh ikut financial planning sebaik yang mungkin. Will see how it goes...

Perbualan semalam bersama bonda mesti sentuh bab bina masjid. Aduilaaa... Satu ayat je yang diluahkan. "Kakak tak kisah. Kalau *** nak proceed dulu, on je la." Kata kata pasrah...Tapi memang benar pun, apa hak saya nak melambatkan pembinaan masjid orang lain. Perasaan sedih terguris dan tertekan tu semestinya akan ada. Tapi takpelah, ia akan beransur pulih. Apabila melihat kebahagiaan orang lain, kita pun akan terasa tempiasnya walaupun ia bukan milik kita. Di kesempatan itu, bonda meminta untuk membelikannya satu buku karangan Ustaz Dato' Dr Haron Din bertajuk Ikhtiar Penyembuhan Penyakit.



Kenapa? Jangan sebab bonda percaya mimpi itu sudah. Walau bagaimanapun mimpi ni banyak maksud; ada sebagai anugerah tuhan, ada juga sebagai mainan syaitan. Wallahualam. Apa apa pun, sebagai manusia, kenalah berusaha. So, jika ada kelapangan, akan dicari buku itu.

Sempena hari Jumaat, perasaan malas membuat kerja tu membuak buak. Hohoho. Sedangkan atas meja banyak dokumen2 yang perlu diselesaikan. Slide presentation belum berjaya dihabiskan lagi. Perlu ada pertambahan dan pengurangan info. Rasa berdebar debar yang amat untuk setiap kali presentation. Kenapa? Sebab saya tak suka dan tak ada keyakinan diri untuk bercakap di hadapan.



Akhirnya segala kerja ditunda ke minggu depan sebab perasaan malas yang amat lebih lebih lagi selepas menghabiskan makanan tengah hari ni; Nasi Kukus Ayam bersama kaki ayam. Hahahha...Suka sangat dapat makan 3 ketul kaki ayam. Lemakkkk...

Bercerita tentang lemak, terasa macam badan kurang stamina. Mana taknya, naik tangga 3 tingkat pun dah semput. Tu belum berlari naik tangga. To make things worse, dalah bukan penggemar fruits,vegetables & milk. Haiya!!!How how how? Buat masa ini, sedang menjinak jinakkan diri untuk menjaga pemakanan demi kesihatan badan. Tak sedari diri lagi yang dalam badan tu ada history sudah. Ingat satu sahaja, chances for that thing to come back very big ok! Mula menyambung pengambilan vitamin setelah berkurun lama tersimpan. Untuk minggu ini, berjaya menghalang diri drpd mengambil nasi lemak atau meehoon untuk sarapan. Tetapi tidak berjaya untuk mengehadkan diri daripada mengambil nasi atau makanan berat untuk makan malam. Dahh sape suruh keluar malam malam.



Ikutkan pada otak, memang tak nak keluar. Tapi sebab hati nak keluar jalan2. Ikutkan kata hati. Hehehe..Tapi takpe.Untuk mendapatkan berat ideal, saya perlu azam yang kuat. Bak kata omputih, slow and steady. Caiyokkkkkkkkkkkkkkkkk!!!Tapi berbaloi juga bila membelanjakan beberapa ringgit menonton Johnny English Reborn. Walaupun jalan cerita agak cliche, tapi berjaya membuat penonton terbahak bahak. Maknanya, saya pun gelak kuat tapi tahap ada perasaan malu. I rate 3.8 stars la kot filem tu.

Untuk mendapat keazaman yang kuat, saya mendengar lagu lagu sort of motivation. Hahaha.. Gelak lagi gelak lagi sebab tak ada kena mengena pun. Oleh itu, saya layan lagu seperti Listen oleh Beyonce, When you believe & Through the rain oleh MC dan beberapa lagu lain. Berbicara tentang lagu, saya sudah mendengar kesemua lagu english terbaru ct nurhaliza. Bolehlahh...Tersangkut and terpikat juga dengan beberapa lagunya setelah pertama kali mendengarinya spt All your love,Stand Up, Falling in Love & Nobody Else.

Orang lain boleh, kenapa tidak saya? Malas sebagai alasan la tu...

No comments:

Post a Comment