Hari demi hari semakin banyak isu agama diwar-warkan dalam media massa. Kalau isu yang tidak merungsingkan umat islam tak apalah, tapi ini isu isu yang menggugat agama islam. Hari demi hari secara sedar tak sedar, status keistimewaan agama islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan Malaysia semakin runcing. Sikap toleransi orang melayu islam yang diamalkan terhadap orang bukan melayu akhirnya telah memakan diri sendiri. Sedihnya...Dengan baca link ini http://ridhuantee.blogspot.com/2011/08/perlukah-kementerian-hal-ehwal-bukan.html diharap dapat membuka minda dan mencelikkan mata kita semua dari terus berangan angan.
Tidak mustahil umat islam di negara ini yang sedia bercakaran sesama sendiri ini akan terus berpecah belah dan tanpa disedari ditertawakan oleh golongan ultra kiasu. Tak rasa macam bodoh ke? Dahlah dalam semua bidang kita ni berterusan ketinggalan. Tapi bab bab gaduh, cabar mencabar kita yang no SATU. Malunya. Dan tak mustahil juga akhirnya umat islam di negara ini akan ditindas di tanah air sendiri. Pada saat ini, tak ada satu pun negara yang majoriti umat islam berpeluang untuk hidup 'aman damai' seperti malaysia. Maksud 'aman damai' di sini bukan seperti yang diistilahkan dalam kamus dewan, tetapi membawa maksud aman dan damai yang singkat waktunya dan akan tamat bila tiba masanya kerana sikap umat islam sendiri. 'Aman damai' ini umpama pelangi yang menjengah sekali sekala. Jangan sesekali ditunding jari kepada orang lain. Jangan kita berbangga bila ada pihak menyatakan contohilah malaysia iaitu sebuah negara yang hidup aman sejahtera walaupun berbilang kaum. Jangan terlalu skeptikal. Berfikirlah dahulu sebelum mampu mengukirkan senyuman dengan pujian itu.
Kita sebenarnya sedar akan permasalaahan yang dihadapi sekarang. Tetapi, kebanyakan memilih untuk berdiam diri dan mengharapkan sekumpulan tertentu yang akan menyelesaikan masalah ini. Dan sekiranya satu persetujuan dicapai, barulah sekumpulan lain yang selama ini hanya melihat mula bersuara. Kenapa macam tu, kenapa macam ni. What the point? Sampai bila harus semua ini berlaku? Jangan sampai terduduk baru nak terngadah. Apa yang bakal terjadi pada masa hadapan? Jangan pandai menjawab yang dunia ini sementara, tak tahu apa yang bakal terjadi, kalau usaha usaha pun tak tahu kesudahannya dan apa apa jawapan yang seangkatan dengannya. Semua jawapan tu bullsh**. YES!!! Memang bongok.
Carilah rezeki seolah olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadahlah kamu seolah olah akan mati keesokkan harinya. Tak cukup dengan itu, baca ini: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka.” Al Quran 13:11. Kita hendaklah pertahankan tanah air ini. Setiap individu muslim mestilah mempunyai niat untuk membebaskan tanah air dan membela bangsa dari penjajahan orang kafir.Tapi INGAT!!!, saluran dan cara mestilah betul dan mengikut cara yang ditetapkan agama. Jadi, untuk ke arah itu, kita semua hendaklah berusaha mencapai perpaduan dan berusaha untuk menjadi insan yang baik walaupun tidak sesempurna Rasulullah saw. Jadikan baginda sebagai contoh ikutan.
Ini tak bermakna nak menghalau orang bukan islam dari tanah air ini.Bukan begitu maksudnya. Lihat zaman Rasulullah saw. Pelbagai agama hidup dengan AMAN DAMAI di bawah satu panji dikenali panji ISLAM. Selagi kita akur dan patuh dengan syariat Nya, insyaAllah semua akan menjadi baik.
Walau banyak mana usaha yang dijalankan untuk mencapai perpaduan, tetapi tidak berniat kerana Nya, tak kemana pun. Umpama mencurah air di daun keladi. Sia-sia. Usaha dan pengorbanan yang ikhlas mestilah seiring menuju ke arah kebaikan untuk semua. Tepuk dada tanya iman. Apa khabar iman kita hari ini?
Moga ini menjadi peringatan untuk semua terutamanya diri sendiri. Apa guna ilmu tanpa amal.
Friday, August 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment