Blogger Backgrounds

Friday, June 24, 2011

Hanya Sepintas Saja

Di satu penjuru dalam bilik kecil. Menyandarkan diri pada dinding sambil membaca buku tetapi otak berlegar legar memikirkan dan mengenangkan keadaan sekeliling. Tetiba hati menjadi puitis dan sayu di kala malam sudah menjengah. Ingin diluahkan tetapi tak ada siapa. Diambil handphone lalu membuka aplikasi ‘Word’ dan menaip bait bait ayat dengan harapan dapat mengurangkan kepadatan dalam jiwa. Dalam masa yang sama dipaksa diri untuk memejamkan mata tetapi tidak berupaya. Apatah lagi bila memikirkan badan tidak mendapat tidur yang cukup sejak akhir akhir ini, jauh lagi bila bercakap perihal kualiti.

Tetiba mendapat idea ‘Hanya Sepintas Saja’ dari blogger lain tetapi diolah semula supaya ia serasi dengan jiwa pada waktu ini.


Hanya sepintas saja...
Perjalanan yang singkat ini terasa jauh penghujungnya.
Rasa begitu membelenggu diri, mengikat tangan dan kaki,hingga menutup mata hati.
Segala yang hadir semakin menambah buta akal dan fikiran.

Hanya sepintas saja...
Di saat hati keluh resah, letih dan pasrah, didera segenap perasaan yang selalu tenggelam timbul. Tidak pernah sekali ia tetap di situ.
Kian lama, hati menjadi kering, lalu menutup pintu hidayah.
Akhirnya berjaya membekukan hati nurani, membutakan mata hati tanpa sedar.
Semakin ia menuju erti kesunyian tanpa makna yang haq.

Hanya sepintas saja...
Gelora relung jiwa yang berterusan menjadi haru biru. Sering menuduh keadaan tanpa sedikit menunding jari kepada diri sendiri.
Sedangkan daun tidak pernah menyalahkan angin kerna memisahkannya dengan pokok.

Hanya sepintas saja...
Menampar kesedaran yang semakin jauh meninggalkan angan angan.
Tak ada lagi bias terpancar membelah langit. Tak ada lagi getar yg menggoncang bumi. Semua hanya sepintas saja...

Hanya sepintas saja aku tersesat,
Hanya sepintas saja aku tersedar,
Hanya sepintas saja untuk meninggalkan semuanya.
Hanya sepintas saja ia terputus,
Hanya sepintas saja ia bersambung,
Semuanya hanya kerna sepintas yang bisa memusnahkan segalanya.


Akhirnya, mampu meluahkan apa yang terbuku dihati walaupun tidak sepenuhnya. Mata semakin layu dan berharap tidur ini mampu meninggalkan segalanya. Zzzzz......

Tidur yang sekejap sekejap terjaga kerana igauan mimpi yang hadir. Terbayang bayang muka arwah A dan arwah B. Rasa gerun dan takut timbul dalam diri. Disedekahkan al Fatihah kepada mereka. Tidur disambung tapi terjaga lagi. Bermimpikan perihal kerja. Macam mana boleh termasuk juga dalam mimpi. Haishhh....

Tidur disambung tapi terjaga lagi. Tidak mampu untuk mengingat semula dengan jelas akan mimpi itu. Beberapa deguk air yang dimulai Bismillah dan beberapa ayat Quran dibaca untuk menenangkan diri. Akhirnya tidur kembali dan terjaga apabila terdengar kokokan ayam dari alarm handphone.

No comments:

Post a Comment