Pada ketika ini, saya merasakan macam tidak larat untuk terus meniti titian kehidupan yang penuh dengan hiasan dan kiasan. Mungkin hormon dalam badan sedang berbolak balik.
Sebenarnya saya cuba seboleh bolehnya untuk menafikan atau menidakkan segala rintangan yang dihadapi kerna tidak sanggup dan tidak berdaya menempuhinya seorang. Mungkin juga kerana saya ini takut dan tak ada kekuatan untuk kecewa lagi dan terus dikecewakan lagi.
Saya macam mahu terus sembunyi. Seolah olah malu untuk mengangkat muka untuk mengadap segolongan manusia.
Walau apa pun,
Saya terpaksa akur dan redha akan ketentuan Ilahi.
Segala ujian atau masalah ini mungkin kerana kealpaan saya dan juga kelalaian saya dalam mentaati Tuhan sekalian alam. Segala janji yang saya ikrarkan di alam sebelum wujud di dunia fana ini telah dimungkiri sedikit demi sedikit .
Saya cuba untuk menanamkan rasa percaya pada Ilahi sepenuhnya tanpa sekelumit rasa ragu dalam hati yang penuh dengan kekotoran ini.
Bahawa segala onak ranjau ini kerana Allah ingin menguji hambaNya untuk mengangkat darjat hambaNya.
Apa yang mampu saya lakukan adalah melawan amarah dalam diri dan terus beristiqamah dalam kesabaran. Tapi kerap kali juga saya kecundang.
Sesungguhnya lawan bagi sabar itu adalah keluhan. Keluhan ini yang membuatkan semangat juang saya menjadi semakin pudar dan terus lemah. Hilang sudah semangat pendekar. Sambil itu wujudnya perasaaan kecewa dan putus asa dalam diri saya.
Saya perlu percaya bahawa sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan. Tuhan ada janjikan dalam satu babak yang termaktub dalam qalam terhebat iaitu surah al insyirah.
Benar kata kata ini;"kadang-kadang menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah berbanding diri sendiri yang menghadapinya.”
Biarlah apa yang terjadi pada saya. Biarlah kata kata itu terus menikam saya. Biarlah perasaan itu terus menghantui saya.
Cuma, saya percaya apa yang kita izinkan bukan semestinya kita redha.
Juga apa yang kita redha bukan semestinya kita izinkan.
Juga mungkin apa yang kita izinkan itu kita redha, atau sebaliknya juga mungkin apa yang kita redha maka kita izinkan.
Sebenarnya tidak ada apa apa masalah yang melampau pun, tapi saya rasakan ketenangan jiwa seolah olah lari jauh untuk meninggalkan saya.
Friday, May 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment