Blogger Backgrounds

Monday, May 9, 2011

Kisah garam 2

Ramai yang tersentap apabila terdapat berita yang mendedahkan yang agama Islam bakal diganti sebagai agama rasmi di Malaysia baru baru ini. Perihal ini sejak dahulu lagi telah terjadi di Malaysia, mahupun di seluruh pelusuk dunia. Cuma kita yang memandangnya sebelah mata. Ia cukup halus umpama garam dalam diet harian kita. Kita tidak boleh melihatnya, rasanya tidak terlalu masin tetapi kita tahu ia ada di situ. Dan ia cukup berkesan. Ada dalam masa yang singkat dan ada juga kesannya dalam jangka masa panjang.

Selalunya, isu seperti ini akan menjadi topik hangat seperti pisang goreng panas yang dibincangkan dengan semangatnya untuk seberapa ketika sahaja, dan selepas itu semakin lama semakin kabur. Ia kemudiannya menjadi topik perbualan di kedai kedai kopi dan bila sudah hilang kehangatannya (apabila tidak dibicarakan lagi di tv), akan terus lenyap.

Akan tetapi, saya percaya sesungguhnya masih wujud lagi persatuan atau gerakan gerakan Islam yang terus mencuba untuk menyelamatkan umat Islam di muka bumi ini dari terus leka dan hanyut.



Ayuhlah kita peka dengan perihal sebegini. Jangan biarkan si dia dan si dia mempermainkan agama yang teragung ini. Tak perlu kita membuat kecoh dengan membuat perarakan perarakan seperti yang berlaku di luar sana sehinggakan ada insiden insiden yang boleh meragut nyawa yang bernilai ataupun bertindak bodoh melulu. Mungkin bisa kemukakan bantahan dengan saluran atau kumpulan yang betul dan yang paling utama dan paling berkesan ialah kita sebagai salah seorang hamba Nya mengambil inisiatif sendiri untuk berbalik dan berpegang teguh pada tali Allah dalam meniti titian kehidupan seharian dalam apa jua keadaan. Jadilah satu dalam sejuta yang mampu membintangi orang lain. Bila ada keteguhan yang utuh dan kesatuan yang mantap di situ, ia mampu membuka mata si dia dan si dia dengan izin Allah.
Kita hanya mampu merancang......yang terbaik ditentukan di atas sana....

No comments:

Post a Comment