Blogger Backgrounds

Thursday, May 19, 2011

Hari ini

Kelas Inggeris setengah jam lagi nak mula. Saya perlu menghantar email pada satu pihak, tapi dokumen belum disiapkan lagi dan otak macam tersekat sekat. So, mari karang ayat blog. Kerja sambung pagi esok....

Masuk hari ini, dah dekat 2 minggu saya mengalami selesema. Batuk pula sudah beransur pulih. Tapi panas badan pula macam tenggelam timbul. Kadang kadang badan rasa cergas, kadang kadang rasa lemah mungkin kerna panas dalam. Mungkin kerana cuaca yang tak menentu. Mungkin juga sebab di office, saya menghadap kipas kerana aircon sudah rosak. Harap harap bukan sebab lain contohnya macam denggi atau serangan virus ILI kot namanya. Walau apa pun, kerja tetap kena teruskan. Cubaan. Saya tak boleh dan tak nak membuat orang lain tertunggu atau membebankan kerja saya pada orang lain. Its not me. And I also don’t like people do that to me too.

Teringat kata kata salah seorang boss di sini; sebelum cuti awak kena settlekan kerja. Kalau awak cuti pun kena buat kerja juga. So no point awak bercuti. Straight forward is it? Disebaliknya tersirat satu nasihat yang bagi saya amat bermakna. Kerja bukan sahaja masuk 8.30 am pulang kerja 5.30pm, hujung bulan dapat salary. Kerja merupakan satu ibadah dan amanah.

Mungkin orang lain lihat ia simple untuk manage sesuatu benda contohnya dalam hal saya berkenaan kerja, tapi try to put yourself in my shoes. Then you can say and decide whether it is easy as ABC or not. I believe everyone has different capability and limit. Same goes with you. I cannot say your work is very complicated unless I try to handle it first.:) :) :). Dengan kata lain mind your own bussiness...

Saya cuba dan terus mencuba supaya personal issue saya tidak campur adukkan dalam hal kerja. Memang payah terutamanya kaum hawa lebih lebih lagi berkaitan isu emosi. Kalau cuti kena fikir pasal kerja juga, so kerja saja selagi berdaya. Masih teringat lagi zaman terkena denggi berdarah. Dekat 2 bulan juga saya MC.

Post ini mungkin agak emosi. Entah kenapa, tetiba saya rindu dengan suasana di Adelaide. Mungkin sebab semalam ada kawan bertanyakan rindu tak dengan Adelaide dan malam semalam saya gatal melayan lagu lagu lama kami sambil menggosok baju.

Keadaan sekeliling di bumi kanggaroo itu tak kira kawan kawan, cuaca, surrounding yang amat membahagiakan. Berbasikal, menunggu sunset sambil makan fish&chips, menyanyi bersama sama, menangkap ketam time winter, berjalan jalan, main masak masak dan makan makan sampai semua tembam especially di pipi, mengejar bus ke sekolah, camping yang tidak mandi, jungle trekking sampai sesat, makan aiskrim dairybell berbekas bekas, bersukan sukan (Go Penguin Go). Penguin Team adalah team netball/basketball yang saya join dan kami adalah johan. Team lain breakfast makan pisang, kami makan cereal bar. Gila berlagak. Kapten N buat perangai. Tak lupa juga ketua ketua kaki lepak dan malas di rumah Hijau; Ms N, Su, Said, Iqa, Qlod, Sarah and Niza... Syoknyee.
Sebenarnya di sebalik kisah ini, tersirat yang tersurat yang tersorok di sudut hati ini..................................................................

Biasalah, benda yang lepas selalu dikenang2... Semasa berada di sana terkenangkan orang di Malaysia, begitu juga disebaliknya. Masa dan keadaan telah berubah.Saya telah memasuki era baru. Saya tidak boleh berada di takuk pemikiran lama untuk selama lamanya.... Be prepared (kata kata pengakap).


Nota kaki: Di depan mata tak nampak. Jangan ada penyesalan kemudian hari. Moga hati tabah tak berbelah bagi.

No comments:

Post a Comment